Enam perkara wajib mandi;
- Bertemu dua khitan
- Keluar mani
- Mati
- Haid
- Nifas
-Beranak (wiladah)
Huraian;
1. Bertemu dua khitan atau berjimak
iaitu tenggelam hayafah atau kepala zakar ke dalam mana-mana samaada faraj perempuan atau binatang atau dubur perempuan atau binatang atau dubur lelaki samaada muda atau tua hidup atau mati
Begitu juga wajib atas perempuan yang masuk ke dalam farajnya mana-mana zakar lelaki atau zakar binatang atau zakar mayat dan begitu juga kanak-kanak yang dimasukkan zakar ke dalam duburnya.
Tidak wajib mengulang mandi pada mayat atas qaul yang sohih. Manakala kanak-kanak dan orang gila yang dimasukkan zakar kedalam dubur atau farajnya dikira sebagai orang yang berjunub tanpa khilaf.
Jika seorang kanak-kanak yang mumayyiz mandi junub, sah mandinya dan tak perlu diulang apabila dia baligh nanti. Kewajipan ke atas ibubapa mengajar anak-anak mandi dan berwuduk.
2.Keluar mani
Apabila keluar mani wajib mandi samada keluar jalan biasa atau dari lubang pada tulang sulbi. samaada sedar atau tidur, bersyhahwat atau tidak.
Mani ada tiga ciri yang membezakan dengan mazi dan wadi.
-Bau seperti tepung yang diuli ketika basah dan eperti telur ketika kering.
-Keluar cara memancut
-Rasa lazat ketika keluar dan di akhirnya lembik zakar dan hilang nasfu
Tidak disyaratkan ada ketiga-tiga ciri ini.
Perempuan sama seperti lelaki pada ciri-ciri tersebut atas qaul yang sohih dalam kitab Raudhah, manakala dalam syarah Muslim tidak disyaratkan memancar bagi perempuan dan disokong oleh Ibnu solah.
3. Haid
Berpandukan Firman Allah dalam surah al-baqarah:222
4.Nifas
sama dengan haid pada hukumnya.
5.Beranak
Dua sebab wajib mandi
-atas alasan keluar darah
-Kata jumhur ulamak "anak adalah seperti mani"
Berlaku khilaf antara ulama jika kelahiran tanpa ada kesan darah
Pertama; Tidak wajib mandi kerana tak ada darah
Kedua; w ajib mandi kerana anak seperti mani inilah yang rajih
wajib mandi jika keluar Alaqah atau ketulan darah dan juga Mudghah atau ketulan daging atas qaul yang rajih.
6. Mati
wajib orang yang hidup memandikan mayat
Bersambung----
(petikan ringkas dari kitab Kifayah Akhyar)
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment