Blog ini berdasarkan kuliah maghrib, ceramah, kuliah subuh dan khutbah jumaat yang saya sampaikan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandaraya Kuching, di samping sedikit kemusykilan agama dan kehidupan harian.

Mudah-mudahan sedikit sumbangan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu perjalanan dakwah islam tercinta.

Friday, December 26, 2008

Hukum memakai gigi emas

Soalan ;
1) Bolehkah lelaki memakai gigi emas ?

2) Bagaimana kalau si pemakai (lelaki atau perempuan) itu meninggal dunia, adakah gigi emas itu wajib dikeluarkan ?

Abdullahship bin Abd. Wahid
Sandakan
Sabah.

JAWAPAN :
Para imam mazhab bersepakat mengatakan bahawa memakai/menggunakan emas dan perak – untuk bekas (spt pinggan, mangkuk, sudu dll), peralatan menulis (pen dll), perhiasan dan sebagainya. Diharamkan makan, minum, berwuduk dsbnya menggunakan pinggan mangkuk dan bekas berkenaan. Haram juga menggunakan/memakai jam, pen, peralatan tulis lainnya, perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak. Tidak harus menghias rumah atau majlis dengan emas dan perak.

Dalilnya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Jangan kamu minum pada bekas emas dan perak, jangan kamu makan pada pinggan (emas &perak), maka sesungguhnya ia adalah untuk mereka (orang musyrik) di dunia, dan bagi kamu di akhirat.” (HR Muttafaq alaih, dari Huzaifah Ibnu Yaman)

Pengharaman menggunakan emas ini dikecualikan pada beberapa perkara yang dianggap sebagai darurat dan kerana hajat, iaitu antaranya ialah: Membuat hidung palsu untuk menggantikan hidung yang terpotong. Membuat gigi yang telah gugur. Keduanya boleh diperbuat dari emas dan perak. Ini adalah pendapat kebanyakkan ulamak.

(Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-feqh al-islami, vol 2, hal. 544)

Seandainya si pemakai meninggal dunia, bolehlah dicabut. Jika tidak, sendainya ada waris yang menuntutnya selepas ditanam, hendaklah di ambil juga. (al-Ustaz Umar Hubeis - Fatawa – Tanya jawab masalah muslimin, hal. 241)

Untuk wanita, emas dan perak tidak semua keadaan diharamkan. Keduanya diharuskan untuk dijadikan perhiasan pakaian, seperti cincin, gelang dan rantai leher. Nabi bersabda dari Abu Musa:

“Emas dan sutera halal untuk kaum wanita umatku dan diharamkan atas kaum lelakinya.”

Pemakaian barang perhiasan dari emas dan perak adalah diharamkan atas kaum lelaki.

Sumber
http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab41.htm

1 comment:

  1. "Pengharaman menggunakan emas ini dikecualikan pada beberapa perkara yang dianggap sebagai darurat dan kerana hajat"

    apa maksud kerana hajat?

    ReplyDelete