Blog ini berdasarkan kuliah maghrib, ceramah, kuliah subuh dan khutbah jumaat yang saya sampaikan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandaraya Kuching, di samping sedikit kemusykilan agama dan kehidupan harian.

Mudah-mudahan sedikit sumbangan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu perjalanan dakwah islam tercinta.

Tuesday, December 30, 2008

Apa yang anda tahu mengenai al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w, dengan perantaraan Malaikat jibril a.s, dimulai dengan surah al-Fatihah, disudahi dengan surah an-Nas, yang tertulis di Mashaf, yang menjadi ibadah bila membacanya.

Al-Quran diturunkan secara munajjam(beransur-ansur) selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari berdasarkan keperluan pada masa itu.

Mengandungi;
-30 juzuk
-114 surah (tertib susunan surah adalah dari Allah s.w.t)
-6236 ayat(yang ada dalam mashaf uthmani hari ini) ada lagi pendapat lain tentang bilangan ayat.
-86430 perkataan(rujuk Buku PASAK)/77437 (rujuk kitab Yasalunaka fiddin walhayah)
-323,760 huruf (PASAK)
-Setiap juzuk ada 8 rubu' (kepala Ain) jumlah semuanya 240 rubu'
-Surah paling panjang ialah surah al-Baqarah 286 ayat
-Surah paling pendek ialah al-Kausar dan al-Asr 3 ayat
-Surah yang turun di Mekah (Makki) sebanyak 85 surah
-Surah yang turun di Madinah 29 surah
-Surah yang dimulakan dengan "alif lam mim dan ha mim" ada 29 surah
-ayat yang pertama turun ialah ayat 1-5 surah al-Alaq (pendapat paling sohih)
-ayat seterusnya ayat 1-7 surah al-Muddassir
-ayat akhir yang diturunkan ialah ayat akhir ayat 281 surah al-Baqarah (pendapat paling sohih)
-surah yang pertama turun secara sempurna kesemua ayat-ayatnya ialah surah al-Fatihah
-surah yang terakhir turun secara sempurna kesemua ayat-ayatnya ialah surah at-Taubah

Sila rujuk disini untuk melihat kehebatan al-Quran
http://www.geocities.com/modal_insan/graf.html

Rujukan:
Kitab Yasalunaka fiddin walhayah-Dr Ahmad as-Syarabasi
Kitab al-Madkhal fi dirasatil Quranil karim-Muhd Bin Muhd Abu Syahbah
Buku PASAK-Dr Mohd Arip Hj Kasmo

No comments:

Post a Comment