Blog ini berdasarkan kuliah maghrib, ceramah, kuliah subuh dan khutbah jumaat yang saya sampaikan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandaraya Kuching, di samping sedikit kemusykilan agama dan kehidupan harian.

Mudah-mudahan sedikit sumbangan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu perjalanan dakwah islam tercinta.

Monday, January 5, 2009

Antara qadha Ramadhan dan sunat Asyura'

Puasa asyura' termasuk puasa-puasa sunat. Tidak menjadi masalah bagi sesiapa yang masih ada qadha Ramadhan untuk berpuasa sunat asyura'.Inilah pendapat Jumhur ulama. Tetapi di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh berpuasa sunat bagi orang yang masih ada qadha Ramadhan. Atas pendapat ini maka sesiapa yang ingin berpuasa pada hari asyura' (10 Muharram) maka hendaklah ia berniat puasa qadha Ramadhan mudah-mudahan dapat pahala qadha dan juga pahala asyura pada hari tersebut.

sumber
islamonline/fatwa asyura'

No comments:

Post a Comment