Blog ini berdasarkan kuliah maghrib, ceramah, kuliah subuh dan khutbah jumaat yang saya sampaikan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandaraya Kuching, di samping sedikit kemusykilan agama dan kehidupan harian.

Mudah-mudahan sedikit sumbangan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu perjalanan dakwah islam tercinta.

Thursday, January 15, 2009

Muhasabah Gaza

الحمد لله الذى هدنا لهذا وما كنا لنهتديا لو لا أن هدنا الله. أشهد أن لآ

إله إلا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله المبعوث رحمة للعالمين. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان الى يوم الدين

أَمَّا بَعدُ: فَيَا عِبَادَ اللهِ! اتَّقُوا اللهَ، وأوصيكم وإياي بتقوى الله، فقد فازالمتقون.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t; surah ali-Imran:102
Maksudnya:
“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Hari ini hari yang ke 20 Yahudi laknatullah menyerang Gaza. Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban, termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel.

Sebagai muslim yang beriman kepada Allah subhanahu wataala, kita merasa begitu simpati terhadap saudara kita di Palestin. Sehingga timbul persoalan, kenapa Allah tidak selamatkan Gaza? Kenapa Allah biarkan mereka sengsara dan menderita? Kenapa Allah tidak menurunkan bala tentera di kalangan para malaikat dan juga burung Ababil seperti Allah menghancurkankan kaum yang terdahulu?

Muslimin siding Jumaat yang dirahmati!

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah lalai dan amat mengetahui apa yang berlaku. Oleh itu Allah s.w.t telah menjawab persoalan ini di dalam al-Quran.

Firman Allah s.wt : Muhammad :4
4. Dengan Yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka Dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana Yang hidup) dan ikatlah mereka Dengan kukuhnya. setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu Dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka Dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir Yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab Yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). dan orang-orang Yang telah berjuang serta gugur Syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

Allah s.w.t mengarahkan orang-orang islam supaya berjihad dan berperang menentang orang-orang kafir dan Allah mampu bahkan tersangat mampu untuk menghancurkan mereka seperti Allah s.w.t menghancurkan Firaun dan Namrud, tetapi Allah s.w.t tidak melakukannya, kerana ingin menguji kesabaran orang-orang yang beriman.

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 155
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

Oleh itu kita sebagai muslim perlu memahami bahawasanya apa yang sedang berlaku merupakan ujian Allah s.w.t ke atas umat islam amnya dan ke atas penduduk Gaza khasnya.

Firman Allah s.w.t : at-Taubah : 111
111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

Muslimin siding jumaat yang dirahmati!

Kenapa pertolongan Allah s.w.t tidak sampai?sedangkan orang islam sudah banyak terkorban. Sebagaimana disebutkan tadi, ini adalah ujian dari Allah s.w.t. bagaimana ujian Allah s.w.t itu? Ujian Allah s.w.t terbahagi kepada dua bentuk;

1- ujian untuk membersihkan jiwa
2- ujian kerana kesalahan kita sendiri

ujian untuk membersihkan jiwa banyak tersebut di dalam ayat-ayat Allah s.w.t

antaranya firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 214
214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Firman Allah s.w.t : al-ankabut : 1-3
1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Ujian atau bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah yang sangat besar dan Allah s.w.t tidak lemah untuk memberi kemenangan kepada orang islam. Semua ini berlaku kerana syurga bukan percuma, jika ia percuma semua orang boleh memasukinya tetapi syurga itu mahal ia perlu kepada pengorbanan dan melalui ujian dari Allah s.w.t.

ujian kesalahan kita sendiri

Ibnu Taimiyyah berkata;tidak ada ayat Allah dan juga hadis nabi yang menyuruh kita supaya tidak reda dengan qada dan qadar samaada baik atau buruk", ini adalah asas utama bahawa kita tidak boleh menjadikan Allah s.w.t bertanggungjawab dengan perbuatan kita. Kita perlu reda dengan takdir Allah hasil daripada kekurangan dan kesilapan kita.Oleh itu kita perlu memperbaiki kesilapan kita sebelum mendapat pertolongan Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t : ar-Ra’du :11
11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

kata imam al-Qurtubi; ayat ini menyatakan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kepada nikmat dan afiat sehinggalah mereka mengubah sikap mereka yang berterusan kufur kepada Allah, sekiranya mereka berterusan kufur akan turun azab ke atas mereka.

Firman Allah s.w.t : ali-Imran ; 165
165. (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), Yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh Dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Muslimin yang dirahmati Allah

Sebagai muslim kita mesti bertaubat dan sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat untuk mendapatkan pertolongan Allah s.w.t, dalam masa yang sama kita mesti yakin bahawa janji Allah s.w.t pasti dating kerana pertolongan Allah itu hampir , Cuma menunggu umat islam membuat perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat, insyaallah, Allah akan mengubah nasib kita.

Nabi s.a.w bersabda :
Maksudnya;
“Tidak akan berlaku qiamat sehingga orang-orang islam memerangi Yahudi dan membunuh mereka sehingga Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, maka batu dan pokok berkata; “wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, marilah dan bunuh dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokokYahudi.
(Hadis riwayat Muslim)

Dengan hadis sohih riwayat imam muslim ini di samping hadis-hadis yang lain kita yakin bahawa umat islam suatu hari nanti sebelum qiamat berlaku dengan izin Allah s.w.t pasti akan mengalahkan Yahudi laknatullah. Tapi kemenangan yang dinantikan ada syaratnya.

Syarat pertama ialah; orang islam mesti bersatu tidak kira bangsa, samaada Arab atau bukan Arab, bersatu atas nama islam untuk memerangi Yahudi bukan seperti hari ini di mana orang islam berperang atas nama bangsa Arab menentang bangsa Yahudi.

Syarat kedua ialah; kita menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t, dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan dengan kita memenuhi syarat-syarat fajar kemenangan islam akan menyinsing.

Firman Allah s.w.t ; al-Anfal : 60
60. dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

ditulis pada 16 Jan 2009
Khutbah ini sebagai panduan saya
perhatian:
Ayat-ayat al-Quran tidak dimasukkan, sila rujuk al-quran
Khutbah kedua tidak disediakan

1 comment:

  1. assalamualaikum ustaz...
    berapa email ustaz??
    boleh ustaz send dekat email saya...
    rizwan smts...ini email saya....irzwant_92@yahoo.com

    ReplyDelete