Soalan : bolehkah al-Quran ditulis dengan menggunakan huruf lain selain huruf Arab atau Jawi?Bolehkah pelajar-pelajar yang tak mengenal huruf Arab atau Jawi menulis dengan huruf rumi ayat-ayat hafazan untuk dihafaz?
Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab.
firman Allah s.w.t : Yusuf :2
"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya".
Oleh itu setiap muslim tidak mengira bangsa perlu mempelajari al-Quran dalam bahasa asal iaitu bahasa Arab.Ini kerana sebutan bahasa Arab tidak sama dengan sebutan bahasa lain,lebih-lebih lagi ada huruf yang tidak ada di dalam bahasa lain seperti huruf ض
Fatwa Jaw. fatwa majlis kebangsaan
Adalah HARAM ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.
sila rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=40
Fatwa majelis ulama indonesia:
Penulisan Kitab Suci Al-Qur'an dengan huruf selain huruf Arab ada yang mengharamkan (melarang) dan ada pula yang men-jawz-kan (membolehkan).
Dengan huruf apapun kitab suci Al-Qur'an itu ditulis pembacaannya wajib dengan bacaan Arabiyah Fasihah muj awwadah.
Penulisan Kitab Suci Al-Qur'an dengan huruf selain huruf Arab berarti membuka jalan ke arah mempelajari bacaan Al-Qur'an melalui jalan yang tidak langsung dan mudah keliru bacaannya.
Penulisan kitab suci Al-Qur'an dengan huruf selain Arab, karena mengikuti pendapat yang membolehkan dan dianggap sangat perlu, harus dibatasi sekedar hajat dan ditulis di samping huruf Arab aslinya.
sila rujuk
http://www.mui.or.id/mui_in/fatwa.php?id=31
Kesimpulannya, menulis al-Quran dengan selain huruf Arab adalah haram mengikut fatwa asalnya, kecuali bagi yang tidak mampu menulis dan membaca dengan menggunakan huruf Arab,itupun untuk sementara waktu sahaja, dalam masa yang sama perlu belajar menulis dan membaca dalam bahasa Arab. Mungkin ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah menengah yang mana pelajar-pelajarnya tidak mengenal huruf Arab atau Jawi sedangkan mereka perlu menghafaz ayat-ayat hafazan.Oleh itu dibolehkan untuk sementara waktu dengan syarat dibimbing oleh ustaz dan ustazah untuk memperbetulkan sebutannya dan tulisan rumi itu ditulis di samping kalimah Arab yang asalnya supaya pelajar boleh merujuk teks asalnya.
Wallahu A'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment