Blog ini berdasarkan kuliah maghrib, ceramah, kuliah subuh dan khutbah jumaat yang saya sampaikan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar bandaraya Kuching, di samping sedikit kemusykilan agama dan kehidupan harian.

Mudah-mudahan sedikit sumbangan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu perjalanan dakwah islam tercinta.

Wednesday, December 24, 2008

Faktor-faktor keruntuhan moral di kalangan remaja dan cara mengatasi.

Banyak faktor yang membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, yang membawa kepada pelbagai gejala social dalam masyarakat. Apabila ibubapa para pendidik tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab mendidik serta tidak tahu sebab-sebabnya dan cara mengatasinya, maka tidak syak lagi akan lahir dalam masyarakat generasi yang hilang nilai akhlaknya dan banyak kerosakan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Kepada ibubapa para pendidik , disini diketengahkan antara factor-faktor keruntuhan akhlak dan cara mengatasinya mengikut pandangan islam, untuk menjadi panduan dan petunjuk dalam pendidikan dan menunaikan tanggungjawab.

1. Kefakiran
-Seorang remaja apabila hidup dalam rumah yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, makanan, minuman, pakaian dan lain-lain, maka tidak syak lagi dia akan keluar untuk mencari rezeki. Maka dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan rezeki samaada halal ataupun tidak, dan mungkin akan melakukan jenayah dan lahirkan seorang penjenayah dalam masyarakat yang membayakan nyawa, harta dan kehormatan.

Cara mengatasi mengikut islam.
-Islam dengan syariat yang adil telah meletakkan asas takaful atau jaminan penjagaan bagi membasmi kemiskinan dan kefakiran dan mengiktiraf hak kehidupan yang mulia bagi semua manusia.Islam telah menggariskan bagi masyarakat islam cara mengatasi kefakiran, seperti jaminan pekerjaan bagi setiap rakyat, pemberian bantuan kewangan bulanan bagi orang fakir oleh Baitulmal, penjagaan anak-anak yatim, janda dan orang-orang tua. Kalau semua ini dilaksana oleh pemerintah, orang-orang kaya dengan mengeluarkan zakat dan pihak berkuasa tertentu insyaallah boleh mengatasi masalah jenayah yang disebabkan kemiskinan dan kefakiran.

2. Pergaduhan ibubapa
-Seorang remaja apabila hidup dalam satu keluarga yang tidak harmoni, ibubapanya yang sering bergaduh di hadapan anak-anak. Maka mereka akan keluar mancari kedamaian dan akan bersama kawan-kawan. Jika sekiranya kawan-kawan yang jahat maka mereka juga akan terlibat dalam jenayah.

Cara mengatasi mengikut islam.
-Islam dengan asas yang penuh hikmah yang abadi, telah menggariskan kepada setiap pasangan yang akan berkahwin supaya membuat pilihan terbaik, begitu juga kepada para wali nikah supaya memilih menantu yang terbaik. Semua ini ialah untuk mewujudkan kesefahaman , kasih saying dan mahabbah antara suami isteri untuk mengelakkan berlaku pergaduhan dan pertelingkahan suami isteri.

3. Perceraian ibubapa dan kesan sampingan
-Bila berlaku perceraian antara suami isteri maka anak-anak akan menjadi mangsa. Apabila tidak ada tangan ibu yang membelai dan bapa yang menguruskan urusan nafkah maka anak-anak akan terdedah kepada kerosakkan dan jenayah. Lagi bahaya jika ibu berkahwin lain dan anak-anak biasanya akan menjauhkan diri. Begitu juga jika ibu tunggal yang miskin yang terpaksa meninggalkan rumah dan anak-anak untuk mencari rezeki dan kehidupan anak-anak akan terabai.

Cara mengatasi mengikut islam.
-Islam membenci perceraian walaupun halal, oleh itu islam telah menggariskan setiap pasangan suami isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan yang boleh membawa kepada perceraian.

Antar tanggungjawab itu ialah;
-Ketaatan isteri kepada suami secara maaruf

-Isteri wajib menjaga harta suami dan kehormatan dirinya

-Isteri tidak boleh menolak apabila suami mahu bersama (hubungan suami isteri) dengannya.

-Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak

-Suami minta nasihat dari isteri dalam urusan rumahtangga

-Suami mesti menutup mata terhadap sedikit kesalahan yang dilakukan oleh isteri dan lihatlah kebaikan yang banyak dilakukannya.

-Suami mesti bergaul dengan isteri secara maaruf.

-Suami menolong isteri membuat kerja rumah, seperti nabi s.a.w melakukannya.

Jika pergaduhan tidak dapat dielakkan juga maka suami mesti mengambil inisiatif untuk melakukan tiga perkara sebelum menceraikan isteri;

-Memberi nasihat atau minta orang lain nasihatkan isteri

-Meninggalkan tempat tidur untuk memberi pengajaran kepada isteri

-Memukul isteri untuk tujuan mendidik bukan melukakannya atau menyakitinya.

Apabila berlaku perceraian, maka wajib ke atas suami memberi mut’ah kepada isteri dan memberi nafkah selama dalam Iddah.Jika suami tidak mampu maka pihak berkuasa wajib menyara hidup anak-anak ini. Semua ini sebagai cegahan supaya anak-anak ini tidak menjadi perosak dalam masyarakat.

Bersambung---
(petikan ringkas dari kitab Tarbiah Aulad bahagian pertama fasal 4)

3 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih ustaz.. sangat membantu saya dlm mnyiapkn tugasan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih ustaz.. sangat membantu saya dlm mnyiapkn tugasan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete